Saturday, July 17, 2010

Pendaftaraan KKSI sesi 2010-2011

Selamat datang diucapkan kepada semua penghuni KKSI 2010-2011, walaupun post ini agak lewat, namun kami dari pihak kolej berbesar hati menyambut kedatangan semua penghuni kolej.Berikut adalah antara gambar-gambar diambil :


ibu bapa yang membantu anak-anak mereka memindahkan barang


para pelajar yang sibuk mendaftar..



muka ajk yang relax walaupun agak penat...


adik dah isi borang nie??

untuk sebarang maklumat atau cadangan..sila kirimkan ke alamat sutera.indah2010@gmail.com
segala komentar dan cadangan yang membina dari pihak anda amat kami hargai..

Thursday, July 15, 2010

Majlis Solat Hajat anjuran BPI KKSI

Pada 15 julai 2010, Biro Pembangunan Insan KKSI telah mengadakan majlis solat hajat bersempena dengan pembukaan kolej kediaman bagi sesi 2010-2011. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penghuni kolej kediaman sutera indah sendiri dengan bilangan penyertaan seramai 70 orang pelajar.Majlis telah bermula seawal 7.30 pm sehingga 9.00 pm . Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut :
1. Solat Magrib berjemaah yang diimami oleh felo KKSI iaitu ust mahyidin
2. Solat Hajat berjemaah .
3. Majlis turut diselangi dengan tazkirah ringkas mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal,Tanggungjawab seorang muslim pada amalan wajib dan sunat.
4. Majlis diakhiri dengan solat isyak secara berjemaah dan doa selamat.

pelajar tekun mendengar ceramah dari ustaz mahyidin


gambar ustaz yang bersemangat ketika menyampaikan ceramah


Para pelajar yang komited ke surau!! teruskan usaha anda!


" Best betul kalau ad pogram macam nie tiap2 minggu "

Jaksa KKSI yang turut menyertai Majlis ini..Suatu tauladan yang patut dicontohi bersama.

p/s
Kepada semua tenaga penganjur serta pelajar yang terlibat, terima kasih diucapkan. Kepada Biro yang menganjurkan majlis , setinggi - tinggi tahniah kerana berjaya menganjurkan program. Diharap dengan berjayanya program sepeti ini akan memberi faedah kepada seisi warga KKSI.Marilah sama-sama kita mengimarahkan surau!

Thursday, July 1, 2010

Jawatankuasa kolej kediaman Sutera Indah 2010

Assalamualaikum semua..
kami mewakili jawatankuasa sutera indah yang dahulunya pernah mewakili jawatankuasa kolej kediaman desa jati mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar usim terutamanya penghuni kksi...
Tidak dilupakan juga kepada semua staff serta kakitangan yang telah membimbing kami dalam melakukan tugasan yang diamanahkan..
Dengan bermulanya semester baru ini..saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kepada semua pelajar dapat agar kita sama-sama memperbaharui azam dan tekad baru seiring dengan niat yang ikhlas dalam menggapai cita-cita..
Sebarang aktiviti akan kami iklankan di blog ini..
Selamat berkerjasama kawan-kawanku !

Gambar hari penyerahan watikah jaksa ..


cik ida sedang tersenyum ceria....
.
pelajar-pelajar turut memberi kerjasama yang jitu !!